About Us

OBJEKTIF SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

  • mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta peperiksaan yang dianjurkan oleh badan-badan peperiksaan luar negeri
     
  • merancang, mengurus, mengawal dan memastikan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah
     
  • menyedia segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang mengambil peperiksaan
     
  • memproses dan menyampaikan keputusan dan sijil semua peperiksaan kepada pihak yang berkenaan sebaik sahaja diterima daripada Badan-badan peperiksaan
     
  • menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian calon dalam semua peperiksaan dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memajukan bidang pendidikan
     
  • mencapai matlamat 'ZERO DEFECT' dalam pengurusan dan perlaksanaan peperiksaan
     

FUNGSI UNIT PENGENDALIAN PEPERIKSAAN MENENGAH DAN RENDAH

  • mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut prosedur yang ditetapkan
     
  • menjalankan proses pendaftaran peperiksaan awam mengikut prosedur
     
  • menyemak pendaftaran peperiksaan yang dikendalikan dengan teliti
     
  • menerima, menyimpan, menyemak dan mengedar kertas soalan peperiksaan awam mengikut prosedur keselamatan
     
  • menyampaikan keputusan peperiksaan awam ke tangan calon dalam keadaan teratur dan betul
     
  • membuat pelantikan personel yang kompeten bagi mengendalikan peperiksaan awam
     

FUNGSI UNIT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

  • menghadiri mesyuarat-mesyuarat penyelarasan PBS yang diadakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
     
  • mengedar surat pekeliling dan dokumen pengendalian dan pengurusan PBS kepada semua PPD dan sekolah 
     
  • mengadakan mesyuarat jawatankuasa PBS peringkat negeri
     
  • membuat pelantikan Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan bagi semua mata pelajaran yang terlibat dengan PBS untuk UPSR, PMR dan SPM serta STAM
     
  • memastikan sekolah-sekolah membuat pelantikan Ketua Pentaksir Sekolah, Ketua Pentaksir Mata pelajaran dan Pentaksir Sekolah
     
  • mengadakan Taklimat Penataran dan Penyelarasan Kerja PBS di peringkat negeri
     
  • melantik Jawatankuasa Pemantau dan Penyelarasan PBS di peringkat negeri
     
  • mengadakan mesyuarat Pengoperasian dan Pengendalian PBS di kalangan pegawai-pegawai di sektor SPP, SPA dan SPI serta SPKS
     
  • merancang jadual/aktiviti pemantauan dan penyelarasan di peringkat daerah dan negeri
     
  • mengarahkan semua Pegawai Peperiksaan Daerah dan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau, Penyelaras dan Kes-kes Khas PBS
     
  • mengendalikan Taklimat/Mesyuarat Penataran PBS kepada semua Pegawai Peperiksaan PPD, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Sekolah
     
  • memantau pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah untuk memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual kerja yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
     
  • memastikan Mesyuarat Penyelarasan Skor di peringkat negeri dan sekolah dilaksanakan
     
  • membantu menyelesaikan kes-kes khas di sekolah-sekolah
     
  • memastikan semua sekolah memasukkan markah PBS, UPSR dan PMR menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan
     
  • menerima laporan post-mortem pelaksanaan PBS daripada Ketua Pentaksir Negeri
     
  • mengambil tindakan susulan selepas menerima laporan post-mortem daripada semua Ketua Pentaksir Negeri
     
  • memastikan semua Laporan Pelaksanaan PBS dihantar ke Lembaga Peperiksaan
     
  • memastikan semua sekolah mengeluarkan penyataan pencapaian PBS kepada semua calon
     

FUNGSI UNIT PRA UNIVERSITI, LUAR NEGERI DAN PROFESIONAL

  • menghadiri mesyuarat-mesyuarat penyelarasan bagi Peperiksaan Pra Universiti, Luar Negeri dan Profesional yang diadakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
     
  • menguruskan pendaftaran calon-calon Peperiksaan Pra Universiti, Luar Negeri dan Profesional 
     
  • memproses dan menempatkan calon-calon di pusat-pusat peperiksaan yang ditetapkan
     
  • membuat pelantikan petugas peperiksaan bagi mengendalikan semua peperiksaan amali, bertulis dan lisan
     
  • menerima dan mengagihkan bahan-bahan sulit peperiksaan dan bahan-bahan peperiksaan lain bagi keperluan sekolah dan semua pusat peperiksaan
     
  • memastikan semua penerimaan dan pengedaran bahan-bahan sulit mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan
     
  • memproses semua tuntutan pengawasan bagi semua peperiksaan untuk dihantar kepada Akauntan Negara Malaysia cawangan Pulau Pinang atau Majlis Peperiksaan Malaysia bagi tujuan pembayaran dengan cepat dan tepat
     
  • memproses dan mengedarkan semua keputusan peperiksaan yang dikendalikan kepada sekolah
     
  • memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan yang profesional dalam semua bidang peperiksaan Pra Universiti, Luar Negeri dan Profesional kepada pihak yang memerlukan
     
  • merancang, melaksana, menilai dan melapor kepada Ketua Sektor dan mengendalikan peperiksaan yang dipertanggungjawab iaitu Pra Universiti, Luar Negeri dan Profesional agar dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Badan Peperiksaan Profesional yang berkenaan

History of project

In this part you can describe the project's history and give reasons for its creation. It is convinient to mention project milestones and honor participating people.

Search site

© 2011 Sektor Penilaian dan Peperiksaan